Monday, June 22, 2009

Mari menjawab 'tag'

Ini adalah satu tag yang sangat lain dari biasa yg telah di'hadiah'kan oleh teman saya di dunia laman sesawang ni iaitu Puan Nessa saya dikehendaki menjawab dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Ini juga adalah sesi ulangkaji subjek Bahasa Malaysia... heehee


Selamat menjawab soalan dalam Bahasa Malaysia!

TAG 1
  1. Bekas kekasih saya adalah : seorang yang tidak ditakdirkan untuk saya..sbb tu saya berkahwin dengan orang lain....*gelak dengan kuat*
  2. Saya sedang mendengar : Surah Al-Imran
  3. Mungkin saya patut: kurangkan makan...mmmm...da montel sangat-sangat
  4. Saya suka : mendengar muzik dan melayari resepi di Internet...tgok je.. :)
  5. Sahabat-sahabat baik saya : semua dah berumahtangga beberapa org saja yg masih mencari!
  6. Saya tak paham : kenapa mat rempit...merempit..
  7. Saya kehilangan : cardigan kegemaran saya..tak tahu letak kat mana
  8. Ramai yang berkata : saya da gemuk!! *grrrrrr....* fakta yang menyakitkan.
  9. Makna nama saya : Saya pun tak tahu!
  10. Cinta itu adalah : Indah!
  11. Di suatu tempat, seseorang sedang : dalam ketakutan
  12. Saya akan cuba : mengurangkan berat badan saya selepas bersalin
  13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : sehingga hujung nyawa.
  14. Telefon bimbit saya : Jenama Nokia..bila la boleh tukar baru nih...
  15. Bila saya terjaga dari tidur : saya akan buka mata..kalau awal lagi..saya pejam balik...hihihihi
  16. Saya paling meluat apabila : orang merokok kt tempat hawa dingin.
  17. Pesta/Parti adalah : untuk orang-orang yang bertenaga...dan jiwa muda.
  18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : seekor arnab.
  19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : masa di universiti
  20. Hari ini : saya akan cuba untuk bekerja dengan effisien..kikikiki..
  21. Malam ini saya akan : Tidor awal macam biasa...umah suami saya tiada Astro...uhuks...
  22. Esok pula saya akan : bangun pagi2..keje lorrr!
  23. Saya betul-betul inginkan : kegembiraan dan ketenangan dalam hidup saya.
  24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : Alahai kembang sungguh laaa muka aku nih!
  25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : Pusat membeli-belah la...
  26. Makanan Barat atau Jepun : Mestilah makanan Barat, saya cuma makan tempura je kalau makanan Jepun....
  27. Bilik yang terang atau gelap: tak berapa terang dan tak berapa gelap.
  28. Makanan segera adalah : untuk orang yang nak ber'segera' tp restoran makanan segera kat Malaysia ni...barisan panjang jugak..boleh tahan...
  29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? harap kiter dapat jumpa lagi..

TAG2
  1. Apakah perasaan anda sekarang? gembira dan teruja
  2. Saya nak makan? makanan yang panas.
  3. Saya tak suka? bau busuk
  4. Impian saya? mempunyai keluarga sederhana tapi sempurna.
  5. Haiwan yang saya tak suka? Ular dan hampir kesemua reptilia
  6. Saya harapkan? Saya akan menjadi insan kebanggaan orang-orang kesayangan saya.
  7. Jika boleh putarkan masa? Saya betulkan mana-mana yang saya terlanjur kata!
  8. Saya pada 10 tahun akan datang? mungkin anak da bertambah...tapi saya tetap cun..*gelak besar*
  9. Handphone saya adalah sebuah? handphone yang murah sebab tak mampu nk tukar yang lain!
  10. Saya pernah bercinta sebanyak? hmmm...saya pn pasti...ihiks
  11. Kawan-kawan saya? tak ramai sangat..
  12. Pernah dikhianati? Entah la..tak suka kenangkan perkara yang tak best....
  13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? Harap dia dapat balasan yang setimpal..tapi saya berdoa..agar saya tak membenci dia..
  14. Siapa yang anda nak Tag? bain,iyda , khemy, yun, ady, diya, cik zizie

10 comments:

baincardin said...

panjangnye tag ni Jia. kalo aku rajin, nanti berjawablaa ye Jia :)

Aziha said...

hihi...panjang jugak la..ujian bertulis BM kertas 2 nih...

ms. diya said...

haiyoo. BM la! hahaha.. thanks jia. akan saya lakukan. :)

Nessa said...

Formalnya Jia... siap panggil saya Puan lagi... haha

Tenkiu sbb buat tag ni ye :)

Aziha said...

hi Diya..mesti boleh buat...semoga berjaya..huhu..

Aziha said...

hi Nessa..ihiks..1st time dpt tag in Malay..teruja betul..terima kasih kerana meng'tag ' saya..hihihi..pelik betul rasenyer...menulis begini..*gelak guling2*

~C.I.K~Z.I.Z.E.E~ said...

Jia..
terima kasih kerana sudi menge"tag" saya..saya akan cuba menyiapkan tag nie secepat mungkin...
jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama dari pihak puan..

haha...
kelas bahasa malaysia nie jia..

yoon see said...

Hi! Well done Jia.
I also tagged you and diya with the same tag:)

Khemy said...

jia, dah jawab..hehe

Anny said...

Buat jugo si Jia ni.. hehhehee.. mesti penat ye?

Baby bila sampai? lama lagi?